董总与教总联合声明:促厘清“统考+2”新政 全面开放大学科系

董总与教总联合声明
2026年5月23日

促厘清“统考+2”新政 全面开放大学科系

 

今年初政府宣布“统考+2”方案,华社无不高度期待。惟高教部日前宣布,内阁仅同意让持有大马教育文凭(SPM)马来文优等及历史科及格的统考生,申请三所公立大学的四个中文相关科系。这与华社期盼的全面开放存在巨大落差,董教总对此深感遗憾。

一、首相开放更多科系与部门说法不一,促政府厘清出入

首相安华在5月16日在全国教师节庆典公开表示,符合资格的统考生不仅限于申请语文科系,亦可报读会计等其他适合科系,我们对首相开放的态度和立场,表示肯定,也希望全面开放所有国立大学科系供统考生申请。但首相日前的说法显然与高教部的官方声明存在明显出入,重大政策却出现“一政两调”,着实令人混淆。为此,政府有必要尽速厘清具体政策细节,说明现阶段统考生可申请的科系范围、积分计算及报名管道,以消除各界疑虑。

 

二、重申多元入学管道,切勿政治化课题

我们在此提醒各界,上述政策攸关“公立大学增设多元入学管道”,属于高教政策改革范畴,而非全面承认统考课题。后者必须涵盖公务员任用资格和公共奖学金申请等国家资源的公平分配,以及认可多源流教育的地位,两者不应混为一谈,亦不该被政治化。

 

三、打造开放包容高教,理性看待人才培育

一个开放、多元的高等教育环境,对社会各阶层皆有裨益。在各领域人才需求日益迫切的今天,高教政策必须务实前瞻。政府应认真思考如何在公平机制下,让来自不同教育体系背景——包括华文独中、宗教学校及国际学校学生,得以在适合自身发展的领域继续深造,共同建立更具包容性的高教生态。各界应以理性、客观的态度看待此课题,切勿流于政治炒作,避免渲染成族群矛盾或社会对立。

 

四、立足现有阶段进展,期盼逐步扩大科系

对于此次宣布,董教总虽不满意,但这确实为统考生开辟了一条进入公立大学的新路径。我们不以此为终点,未来仍需凝聚社会各界力量继续推动,以期政府在现有基础上全面开放所有科系,供统考生申请,毕竟这是国民应享有的公平待遇。

 

五、吁独中生踊跃申请,持续推进教育公平

最后,我们呼吁有意报读中文相关科系的应届独中毕业生把握机会,踊跃提出申请。期待这个起点能发挥鼓励作用,也期盼政府继续展现改革决心,体现爱才惜才的态度,让每位国民都感受到平等的对待。


 

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
2026.05.23

 

Dasar baharu “UEC+2” perlu diperjelas, buka semua kursus IPTA secara menyeluruh

 

Pengumuman formula “UEC+2” oleh kerajaan pada awal tahun ini telah mencetuskan harapan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Cina. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini mengumumkan bahawa Jemaah Menteri hanya bersetuju untuk membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon empat kursus berkaitan bahasa dan pengajian Cina di tiga universiti awam. Jelasnya, perkembangan ini menatijahkan jurang yang besar berbanding dengan harapan masyarakat Cina yang mahukan pembukaan secara menyeluruh. Dong Zong dan Jiao Zong amatlah kesal dengan keputusan tersebut.

 

1. Penjelasan diperlukan kerana percanggahan kenyataan antara PM dan KPT

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei lalu telah menyatakan secara terbuka bahawa pemegang UEC yang layak tidak terhad pilihannya kepada kursus-kursus terkait bahasa semata-mata, dan boleh memohon ke mana-mana kursus yang bersesuaian seperti perakaunan.

 

Kami menyambut baik dan mengiktiraf sikap serta pendirian terbuka yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, dan berharap agar semua kursus di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dapat dibuka sepenuhnya kepada pemegang UEC. Namun begitu, kenyataan beliau baru-baru ini jelas bercanggah dengan kenyataan rasmi terbaharu daripada KPT.

 

Situasi “satu dasar, dua nada” bagi sebuah dasar yang sebegini penting adalah amat mengelirukan. Oleh itu, kerajaan perlu segera memperincikan dasar ini secara konkrit demi melenyapkan kemusykilan semua pihak, termasuk skop kursus yang boleh dimohon oleh pemegang UEC pada peringkat ini, kaedah pengiraan merit, serta saluran pendaftaran.

 

2. Tegaskan kepelbagaian laluan kemasukan dan tidak mempolitikkan isu ini

Kami secara tegas ingin mengingatkan semua pihak bahawa dasar yang terkait adalah berkenaan “penyediaan saluran kemasukan yang pelbagai ke IPTA”. Ini merupakan elemen penting dalam skop reformasi dasar pendidikan tinggi, dan bukannya berkenaan isu pengiktirafan penuh UEC.

 

Isu pengiktirafan penuh UEC adalah lebih luas dan harus merangkumi pengiktirafan terhadap kedudukan pendidikan pelbagai aliran serta pengagihan sumber negara secara adil, termasuklah kelayakan bagi tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam dan permohonan biasiswa tajaan kerajaan. Kedua-dua perkara ini tidak harus dicampuradukkan, dan tidak patut dipolitikkan sama sekali oleh mana-mana pihak.

 

3. Wujudkan pendidikan tinggi yang terbuka dan inklusif, nilai pembangunan bakat secara rasional

Persekitaran pendidikan tinggi yang terbuka dan majmuk akan membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Memandangkan keperluan terhadap bakat dalam pelbagai bidang kini semakin mendesak, dasar pendidikan tinggi perlulah bersifat pragmatik dan berpandangan jauh.

 

Kerajaan sewajarnya meneliti bagaimana cara untuk membolehkan pelajar daripada latar belakang sistem pendidikan yang berbeza - termasuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sekolah Agama dan Sekolah Antarabangsa - untuk menyambung pengajian dalam bidang yang bersesuaian dengan potensi mereka di bawah sebuah mekanisme yang adil.

 

Ini adalah suatu faktor penting dalam pembinaan sebuah ekosistem pengajian tinggi yang lebih inklusif. Oleh itu, wajarlah semua pihak mencerakinkan isu ini dengan sikap yang rasional dan objektif, serta mengelakkan manipulasi politik demi menghalang cetusan konflik perkauman atau tantangan sosial.

 

4. Berpaksikan perkembangan semasa, program pengajian diharapkan diperluas secara berperingkat

Meskipun tidak berpuas hati dengan pengumuman kali ini, tidak dapat dinafikan bahawa langkah ini kini membuka sebuah laluan baharu bagi pemegang UEC untuk melangkah ke IPTA. Perkembangan ini bukanlah suatu titik noktah, dan seluruh lapisan masyarakat akan terus menggembleng usaha untuk memacu agenda ini menuju ke hadapan.

 

Kami percaya bahawa akses oleh pemegang UEC kepada semua kursus secara sama rata adalah layanan yang adil dan wajar dinikmati oleh setiap warganegara. Asas yang sedia terbina hari ini adalah batu loncatan untuk terus mara ke masa depan.

 

5. Pelajar SMPC diseru tampil memohon, teruskan usaha memacu kesaksamaan pendidikan

Akhir kata, kami menyeru para graduan SMPC tahun ini yang berminat untuk mengikuti kursus berkenaan bahasa dan pengajian Cina agar merebut peluang ini dan segera membuat permohonan. Perkembangan ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar dan bermakna di masa hadapan.

 

Pada masa yang sama, kami berharap agar kerajaan terus membuktikan tekad reformasi dengan menzahirkan dasar yang lebih menghargai dan menyayangi bakat, agar setiap warganegara benar-benar dapat mengecapi layanan yang adil dan saksama.

 

Please publish modules in offcanvas position.