董总文告
2026年5月15日
统考生申请公立大学受限
董总促厘清标准落实平等
高教部日前发文告,表示遵循内阁决定, 同意让独中统考生申请报读公立大学,却多处语焉不详、模凌两可,且诸多限制,形同敷衍。董总对此深感遗憾,认为这项公布与华社期待存在巨大落差,未能体现教育公平,亦曝露其制度性缺陷。我们认为,政府应展现开放胸襟,正视独中教育的长期贡献,通过实质的制度改革确保教育平等,減少人才持续外流。
首先,根据高教局公布,统考生申请报读公立大学出现两种截然不同的情况:持完整马来西亚教育文凭(SPM)资格的学生可通过UPUOnline系统申请任何开放课程,而报考由大马考试局主办,并获得教育部认证的的马来文与历史科目者,却被严格限制在四个指定中文相关科系。同样是持统考文凭的独中生,为何在学系选择上有如此重大差异?设立这两项不同标准的理据何在?当局必须尽速厘清。
此外,高教部亦未说明具体的积分计算方式,以及确切开放申请日期等细节,尽显草率与敷衍。当局有必要公开说明,避免学生和家长在资讯不透明下无所适从。
高教部文告宣称,为所有符合资格学生提供“包容、公平且优质”的教育机会,表面上接纳统考生进入公立大学体系,却在实际操作中将评价体系局限在国民教育框架内,要求独中生仍须依赖SPM全科成绩与科目组合计分。这种做法,完全漠视统考文凭广受国际认可的学术水平,将统考生置于体制边缘,“包容”说词与现实自相矛盾,难掩其政策的局限性。
当局将仅持SPM马来文与历史的统考生,导向特定学科的 “有限对接模式”,将严重限制学生的升学规划与个人发展的多元选择,这与高教部所强调的”公平机会”背道而驰。华社长期以来希望独中生能凭借统考文凭,申请所有公立大学科系。目前这种对统考文凭采取有限度、边缘化的对接模式,完全并不利于国家人才培养。
最后,董总促请政府正视独中教育长期对国家社会的贡献,放弃狭隘的政治考量与保守的制度惰性,以开放胸怀真正落实教育平等,避免人才持续流失。
Kenyataan Dong Zong
15 Mei 2026
AKSES PELAJAR UEC KE UNIVERSITI AWAM MASIH TERHAD
DONG ZONG GESA KRITERIA DIPERJELAS, PENDIDIKAN SAKSAMA DIREALISASIKAN
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, kerajaan bersetuju membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) memohon kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Namun demikian, kenyataan tersebut penuh dengan pernyataan yang samar-samar, serta mengandungi pelbagai sekatan yang menjadikannya sekadar langkah separuh hati. Dong Zong berasa kecewa terhadap pengumuman ini kerana ia jauh daripada harapan masyarakat Cina, gagal mencerminkan prinsip keadilan pendidikan, dan mendedahkan kelemahan yang wujud dalam sistem sedia ada. Kami berpandangan bahawa kerajaan seharusnya bersikap lebih terbuka, menghargai sumbangan pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), dan melaksanakan pembaharuan sistem yang substantif bagi memastikan akses pendidikan yang inklusif dan adil, agar penghijrahan bakat tempatan dapat dikurangkan.
Pertama sekali, berdasarkan pengumuman Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat dua mekanisme berbeza bagi pelajar UEC yang memohon kemasukan ke universiti awam. Pemegang UEC yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh dibenarkan memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline. Sebaliknya, pelajar yang hanya mengambil dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM pula dihadkan kepada empat program pengajian yang berkaitan dengan bahasa Cina sahaja. Mengapakah wujud perbezaan yang begitu ketara dalam pemilihan program pengajian bagi pelajar SMPC yang sama-sama memiliki sijil UEC? Apakah rasional di sebalik penetapan dua standard yang berbeza ini? Pihak berkenaan perlu memberikan penjelasan dengan serta-merta.
Selain itu, KPT juga belum menjelaskan secara terperinci kaedah pengiraan merit serta tarikh permohonan dibuka, yang jelas menunjukkan pendekatan yang tergesa-gesa dan kurang teliti. Pihak berkenaan perlu memberikan penjelasan secara terbuka agar pelajar dan ibu bapa tidak keliru dengan maklumat yang tidak jelas.
Dalam kenyataannya, KPT mendakwa bahawa peluang pendidikan yang “inklusif, adil dan berkualiti” disediakan kepada semua pelajar yang layak. Pada zahirnya, kenyataan itu seolah-olah menunjukkan penerimaan terhadap pelajar UEC ke dalam sistem IPTA. Namun hakikatnya, kemasukan pelajar UEC masih terikat kepada kerangka penilaian sistem pendidikan kebangsaan, apabila mereka tetap perlu bergantung kepada keputusan penuh SPM serta kombinasi mata pelajaran tertentu bagi tujuan pengiraan merit. Retorik “inklusif” yang dilaungkan jelas bercanggah dengan realiti sebenar dan memperlihatkan keterbatasan dasar berkenaan.
Pendekatan yang hanya membenarkan pemegang UEC dengan kelayakan SPM Bahasa Melayu dan Sejarah memasuki bidang pengajian tertentu bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar dalam merancang laluan pendidikan mereka, malah turut mengehadkan peluang perkembangan diri dan potensi masa depan mereka. Ini jelas bertentangan dengan prinsip “peluang yang adil” yang sering ditekankan oleh KPT. Sejak sekian lama, masyarakat Cina berharap agar pelajar SMPC dapat memohon semua program pengajian di universiti awam dengan UEC. Pendekatan semasa yang mengekang dan meminggirkan UEC ini sama sekali tidak memberi manfaat kepada usaha pembangunan modal insan negara.
Akhir sekali, Dong Zong menggesa kerajaan agar menghargai sumbangan sistem pendidikan SMPC terhadap pembangunan negara dan masyarakat. Kerajaan harus meninggalkan pertimbangan politik yang sempit serta sikap konservatif yang mengongkong pembaharuan dasar, dan sebaliknya mengamalkan pendekatan yang lebih progresif dan terbuka demi merealisasikan kesaksamaan pendidikan serta membendung penghijrahan bakat yang semakin berterusan.


