董总七十周年会庆晚宴
筹委会主席李添霖致谢词
日期:2024年8月3日(星期六)
时间:傍晚6时30分
地点:加影育华国民型中学礼堂
交通部长YB陆兆福
房屋及地方政府部长YB倪可敏
教育部副部长YB黄家和
雪州行政议员YB黄思汉
各位社团代表、政党代表、中港台学者、独中代表
各位华教同道及嘉宾
媒体朋友
大家晚上好。
我谨代表筹委会同仁感谢各位出席今晚的董总七十周年会庆晚宴。作为筹委会主席,最感欣慰的莫过于今晚会庆晚宴可以顺利展开并圆满完成。这一切都离不开筹委会各个单位的精心策划和推动,以及各方的积极配合和无私奉献。
在此,我要特别感谢出席今晚的中央政府与雪州政府代表,长期于政策措施上,身体力行展现对华文教育的重视和支持。各位社团代表、学者和华教同道在百忙中拨空莅临,共囊盛举,各位乃董总于华教路上重要的伙伴,你们的出席着实乃我们前进的动力。如果今晚的招待有不尽如人意之处,还请各位多多包涵。我谨在此代表筹委会同仁向大家表达最真诚的谢意。
在此我也必须要感谢加影育华国民型中学无偿惠借场地,也感谢各演出单位参与助阵。我也诚心感谢筹委会全体成员,在筹备期间不分彼此,发挥团队精神,同心协力,竭尽所能地执行任务,使晚宴工作能顺利进行。
七十年来,董总经历了无数风雨和挑战,但始终不忘初心,砥砺前行。这一切的成就,离不开社会各界的长期支持。
今晚的相聚虽然短暂,但这并不是结束。诚如今年的主题“峥嵘七秩,风泽百代”,我们坚守维护母语教育的立场与信念,与全国华教同道并肩奋斗,一同捍卫我国华文教育,让华文教育继续传承百代。
最后,祝愿身体健康,万事如意!
JAMUAN SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-70 DONG ZONG
Teks Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Jamuan
En Lee Tiam Lim
Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pendidikan YB Wong Kah Woh
EXCO Kerajaan Negeri Selangor YB Ng Sze Han
Wakil-wakil persatuan, parti politik, Sekolah Menengah Persendirian Cina
Rakan-rakan seperjuangan
Para cendekiawan, Dif-dif Kehormat
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Salam Sejahtera,
Bagi pihak penganjur, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang datang ke Jamuan Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Dong Zong. Selaku pengerusi jawatankuasa penganjur majlis juamuan ini, saya merasa bersyukur kerana majlis ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Semua ini tidak akan dicapai tanpa perancangan dan usaha gigih daripada setiap unit dalam jawatankuasa penganjur, serta kerjasama dan sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak.
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wakill-wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor yang hadir di majlis ini atas keprihatinan dan sokongan selama ini kepada pendidikan Cina, sama ada dari segi dasar ataupun langkah-langkah yang diambil. Selain itu, terima kasih juga kepada wakil-wakil persatuan, para cendekiawan, dan rakan-rakan pendidikan Cina yang meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini, anda semua ialah rakan penting Dong Zong dalam usaha memajukan pendidikan Cina. Kehadiran anda sememangnya menjadi pendorong untuk kami terus maju. Kami mohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan atau layanan yang kurang memuaskan di sepanjang majlis ini berlangsung. Dengan tulus ikhlas, saya bagi pihak jawatankuasa penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para hadirin sekalian.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada SMJK Yu Hua Kajang kerana menawarkan penggunaan dewan ini secara percuma. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam persembahan dalam majlis ini dan semua ahli jawatankuasa penganjur atas semangat berpasukan mereka untuk bekerjasama dan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin supaya majlis malam ini dapat berjalan dengan lancarnya.
Sepanjang tujuh puluh tahun ini, Dong Zong telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, tetapi tetap berpegang teguh pada matlamat asalnya dan terus maju. Semua kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan jangka panjang daripada semua lapisan masyarakat.
Walaupun pertemuan pada malam ini singkat masanya, tetapi ini bukanlah pengakhiran. Sama seperti tema tahun ini “Tujuh Puluh Tahun Gemilang, Warisan untuk Generasi Masa Datang”, kami tetap berpegang teguh pada pendirian untuk mempertahankan pendidikan bahasa ibunda. Bersama-sama dengan rakan-rakan di seluruh negara, kami akan berjuang untuk mempertahankan pendidikan Cina di Malaysia supaya ia terus diwarisi generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
谢谢!


