董总七十周年会庆晚宴 董总主席陈友信致词稿

董总七十周年会庆晚宴
董总主席陈友信致词稿

日期:2024年8月3日(星期六)
时间:傍晚6时30分
地点:加影育华国民型中学礼堂

七秩薪传“拓”新篇,奋楫扬帆“展”宏图

尊贵的交通部长陆兆福、
房屋及地方政府部长倪可敏、
教育部副部长黄家和、
中华人民共和国大使欧阳玉靖伉俪、
教总主席谢立意、华总会长吴添泉、
各位华教同道、社团、政党代表、媒体朋友,以及所有贵宾。

今年是董总成立七十周年。在此,我谨代表董总全体同仁,感谢各位今晚拨冗莅临董总七十周年会庆,与我们一齐庆祝这个重要的日子。面对科技变迁与社会转型,加上国内外情势的改变,华教运动需在坚守华教母语教育所取得的成果基础上,与时俱进并致力论述创新,凝聚新兴思维;尤其在教育领域的革新与创造,需要壮大领航,专业扎根,立足本土,与世界接轨,回应未来新形势下的发展。

董总成立于1954年8月22日,比教总稍迟三年。董总和教总的发展史,与本国华教运动史紧紧扣连,密不可分。从英殖民时期的多难兴学,到独立建国后创办华文独立中学,从独中复兴运动,到华教体系巩固时期;经过七十载奋斗,走过波澜壮阔的历程,经过华社集体努力,克服万难,奠定了华文教育的坚实基础。

在董教总“维护华小、发展独中、创办高等教育”的战略大方针下,全国1304所华小,在华社全力呵护下成长起来,各校董事会积极处理校地、师资、建校和筹款事宜,克服政策不公与行政偏差。独中经过近半世纪的艰苦建设,办学成绩卓越,无论在课本编纂、举办统考、师资培训、升学辅导等方面都作出重大贡献,统考文凭广受世界许多大学承认,一个系统完备的华教体系基本得以巩固,还发展出三所具华教色彩的大专学府。

时代巨轮不断向前,各种挑战与议题层出不穷,我们亟需革新反思突破格局,方能应变求存。七十年来的华教事业,历经多少风雨与急湍,冲刷过多少淤泥与顽石,才达到这个历史高度。除了纪念与回顾,华人文化、华文教育从哪里来,要往何处去?要为华文教育留下什么资产?我们有必要深刻反省这些时代课题,前瞻远眺,才能清楚我们的历史使命,厘清华教运动的前路。

上世纪八〇年代,董教总因华教长期遭受压迫,为探寻政治突破,组织十五华团、宣导民权理念、号召华团参政、倡议两线政治,为母语教育注入人权论述,华教领导为此招致迫害,在茅草行动中被扣留。这些奋勇的历程,结合了忧患意识与民权抗争的背景,也是跨时代的众多先贤领袖和同道,以血泪和青春换取回来的成就。这段历史当中,有自由的信仰,有民主的理想,也有改变的勇气。正因为这些坚持,才铸成今天华教堡垒钢铁般的意志,也令母语教育的论述基础,愈发坚实牢固。

历史总是在迈步与倒退的交替中前进。二十个月前,马来西亚虽然迎来第三次中央政权转移,但威权体制遗留下的旧问题依然存在,民主转型受挫,族群政治的阴霾仍旧挥之不去,社会矛盾与分歧亦亟待解决。多元国情当下的迫切挑战,就是单元与多元的争论。眼见极端右翼势力经常左右政治风向,种族宗教课题无日无之,越发保守的趋势令人担忧。我们主张,国家要实现进步,就必须避免向下沉沦,停止操弄民粹,要尊重差异,互相包容与谅解,才能塑造新的政治文化。董总近年来不断强调守护多元、共存共荣的重要性,促进跨族群的互动交流,就是希望从校园做起,增进对多元族群文化的认识,共同维护母语教育的永续发展。

谈到本届董总团队的工作主题大方向,我们决心把工作内容定调为“拓展”,希望在前人的成果上继续提升,同时开拓华教新领域、新路向。

“拓展”是指在现有的稳定基础上,继续发展全新的可能性,肯定董总往届领导和团队的努力耕耘。董总的工作一如华教,不是切断,重新来过,而是继往开来;而拓展给人的印象是“从无到有”,在不同的教育创新范畴,继续开拓、尝试。董总这一届将进一步加强已定下的2023年至2025年工作方向,其中归纳为:一、建设董总形象;二、教育改革;三、董总组织专业化。

今晚我们即将推介“董总云资讯系统”和《董总七十周年特刊》。为了跟上科技的步伐,“董总云资讯系统”将连结全国独中与董总,建立一站式平台,与各校结合进行大数据分析。这些拓展项目包括校务行政、资源共享、考试评量、师资培训、教育互动、校友管理等。

《七十周年特刊》则是董总在华教事业各个时刻的重要记录。跨越七十年,恰好涵盖本国华文教育最为关键时期的记述。华文教育是这个多元国度的重要资产,至今依然闪现着前人的智慧、使命与承担,对我们有着强烈的鼓舞与启示。

七十年来,华教运动的推进,从来不是一个人往前走一百步,而是一百个人往前走一步。过去至今的华教运动,都是在加影华侨山岗的旗帜下出发、扩散,成为稳步迈向未来的磐石,让华教队伍一棒接着一棒,守护中华文化的根本。这些传承的庄严意义,为后来者开启无穷尽的想象,也绽放着无止尽的希望。

最后,再一次感谢所有贵宾的莅临,敬祝大家身体健康,万事顺心如意。谢谢!


 

Jamuan Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Dong Zong
Teks Ucapan Pengerusi Dong Zong
En Tan Yew Sing

Warisi Misi Tujuh Dekad, Terokai Visi Baru Pendidikan


Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pendidikan YB Wong Kah Woh
Duta Besar China ke Malaysia TYT Ouyang Yujing
Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Cheah Lek Aee
Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Goh Tian Chuan
Wakil-wakil persatuan, parti politik, Sekolah Menengah Persendirian Cina
Rakan-rakan seperjuangan
Para cendekiawan, Dif-dif Kehormat
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 penubuhan Dong Zong. Bagi pihak rakan sekerja Dong Zong, saya ini mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri jamuan ulang tahun ke-70 Dong Zong dan meraikan hari penting ini bersama kami.

Gerakan Pendidikan Cina perlu berdiri teguh pada asas pencapaian pendidikan bahasa ibunda Cina, selaras dengan perkembangan zaman, dan berusaha untuk naratif yang inovasi serta mengumpulkan idea progresif. Khususnya pembaharuan dan inovasi dalam bidang pendidikan, memperkukuhkan kepimpinan dan keprofesionalan, serta bersambung dengan dunia, sebagai respons kepada perkembangan baharu masa depan.

Dong Zong ditubuhkan pada 22 Ogos 1954, tiga tahun kemudian daripada penubuhan Jiao Zong. Sejarah perkembangan Dong Zong dan Jiao Zong berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan sejarah Gerakan Pendidikan Cina di negara kita. Dari saat-saat sukar semasa penjajahan Inggeris hingga menubuhkan Sekolah Menengah Persendirian Cina selepas kemerdekaan, daripada Gerakan Kebangkitan Semula Sekolah Menengah Persendirian Cina hingga ke tempoh pengukuhan sistem pendidikan Cina. Dengan usaha masyarakat Cina setelah perjuangan tujuh puluh tahun, cabaran telah diatasi dan kita berjaya meletakkan asas yang kukuh untuk pendidikan bahasa Cina.

Di bawah strategik besar Dong Jiao Zong " Pertahankan Sekolah Rendah Cina, Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina, dan Penubuhan Pendidikan Tinggi", sebanyak 1304 sekolah rendah Cina didirikan di seluruh negara dengan sokongan penuh masyarakat Cina. Lembaga pengelola setiap sekolah berusaha dengan aktif dalam menangani isu tanah sekolah, tenaga pengajar, pembinaan sekolah, dan pengumpulan dana, serta mengatasi ketidakadilan dasar dan kepincangan pentadbiran. Setelah hampir setengah abad usaha gigih, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang penyusunan buku teks, penganjuran Peperiksaan Bersama (UEC), latihan tenaga pengajar, program bimbingan lanjutkan pelajaran, dan Sijil UEC diiktiraf oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia. Sistem pendidikan Cina yang komprehensif telah dibina, dan tiga institusi pengajian tinggi dengan ciri pendidikan Cina juga telah dibangunkan.

Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cabaran dan masalah terus muncul. Sepanjang tujuh puluh tahun yang lalu, pendidikan Cina telah mengalami pelbagai kesukaran, dan telah mengatasi cabaran sebelum mencapai pencapaian hari ini. Selain memperingati dan mengimbau kembali, kita juga perlu memikirkan asal usul dan hala tuju pembangunan masa depan budaya Cina dan pendidikan Cina, dan peninggalan aset berharga untuk pendidikan Cina. Kita perlu merenung secara mendalam persoalan-persoalan zaman ini, memandang ke hadapan, barulah kita dapat memahami dengan jelas misi kita dan menentukan arah masa depan Gerakan Pendidikan Cina.

Pada tahun 1980-an, Dong Jiao Zong berusaha mencari penemuan politik akibat pendidikan Cina yang telah lama ditindas dengan menganjurkan 15 pertubuhan Cina, mempromosikan konsep hak asasi manusia, menggesa pertubuhan Cina terlibat dalam politik, dan mencadangkan sistem dua parti. Mereka menyediakan naratif hak asasi manusia ke dalam pendidikan bahasa ibunda. Pemimpin Gerakan Pendidikan Cina menghadapi penganiayaan akibat usaha ini dan ditahan dalam Operasi Lalang.

Tindakan berani ini menggabungkan kesedaran dan perjuangan hak asasi manusia, menunjukkan pencapaian yang diraih dengan darah, air mata, dan masa muda oleh kebanyakan pemimpin terdahulu. Keteguhan inilah yang membentuk asas yang kukuh bagi pendidikan Cina hari ini.

Sejarah sentiasa bergerak dalam kitaran kemajuan dan kemunduran. Dua puluh bulan yang lalu, Malaysia menyaksikan peralihan kuasa kerajaan persekutuan yang ketiga, tetapi masalah lama yang diwarisi dari sistem autoritarian masih wujud. Transformasi demokrasi terhalang, politik perkauman masih menghantui kita, dan konflik sosial masih memerlukan penyelesaian. Cabaran utama adalah perdebatan antara Singularisme dan Pluralisme dalam masyarakat majmuk,. Sayap ekstrem kanan sering mempengaruhi arah tuju politik, isu perkauman dan agama, dan trend yang semakin konservatif menimbulkan kebimbangan. Jika negara kita ingin mencapai kemajuan, tindak memanipulasi populisme harus diperhentikan. Kita mesti menghormati perbezaan serta saling bertoleransi supaya budaya politik baharu dapat dibentukan. Dong Zong dalam beberapa tahun kebelakangan ini menekankan kepentingan melindungi budaya pelbagai dan kemakmuran bersama, berharap melalui sekolah dapat mempromosikan interaksi antara kaum dan memelihara perkembangan pendidikan bahasa ibunda.

Tema utama kerja barisan kepimipinan Dong Zong untuk penggal ini adalah “Penerokaan” dengan harapan untuk meningkatkan hasil yang dicapai oleh pendahulu, serta meneroka bidang dan arah baharu dalam pendidikan Cina.

“Penerokaan” bermaksud melanjutkan kemungkinan baharu berdasarkan asas yang stabil dan sedia ada, mengiktiraf usaha pemimpin-pemimpin Dong Zong terdahulu. Usaha Dong Zong, seperti pendidikan Cina, bukan bermula dari awal, tetapi meneruskan dan mengembangkan. Sementara itu, “meneroka” memberi tanggapan “dari tiada kepada ada”, iaitu membolehkan Dong Zong meneroka dan mencuba pelbagai inovasi dalam bidang pendidikan. Barisan Kepimpinan Sesi ini akan terus memperkukuh arah kerja yang telah ditetapkan untuk 2023 hingga 2025, yang merangkumi: 1. Membentuk imej Dong Zong; 2. Reformasi pendidikan; 3. Profesionalisasi Dong Zong.

Kita akan memperkenalkan “Sistem Awan Dong Zong” (Dong Zong Cloud) dan “Edisi Khas Ulang Tahun Ke-70 Dong Zong” malam ini. “Sistem Awan Dong Zong” menyediakan satu platform sehenti untuk menghubungkan kesemua Sekolah Menengah Persendirian Cina dengan Dong Zong, dan menggabungkan data besar untuk analisis. Projek ini merangkumi modul seperti pentadbiran sekolah, perkongsian sumber, penilaian peperiksaan, latihan guru, interaksi pendidikan, dan pengurusan alumni.

“Edisi Khas Ulang Tahun Ke-70” adalah rekod penting bagi Dong Zong dalam setiap detik perjalanan pendidikan Cina. Menjelang tujuh puluh tahun, ia merangkumi tempoh yang paling kritikal dalam pendidikan bahasa Cina di negara ini. Pendidikan bahasa Cina adalah aset penting bagi negara yang berbilang kaum ini. Ia masih mencerminkan kebijaksanaan, misi, dan tanggungjawab pendahulu, dan merupakan inspirasi dan ilham yang kuat kepada kita.

Selama tujuh puluh tahun, perkembangan Gerakan Pendidikan Cina bukanlah usaha daripada seorang individu melangkah seratus langkah ke hadapan, sebaliknya seratus orang yang melangkah satu langkah ke hadapan. Gerakan Pendidikan Cina dari masa lalu hingga kini, bermula dan berkembang di bawah panji-panji Bukit Mewah, Kajang menjadi batu asas yang kukuh untuk melangkah ke masa depan, dengan pasukan pendidikan Cina meneruskan perjuangan, mempertahankan akar budaya Cina. Simbol warisan yang mulia ini memberikan ruang imaginasi yang tidak terbatas kepada generasi akan datang dan penuh dengan harapan.

Sekian, terima kasih.

Tags:

Please publish modules in offcanvas position.