2023年华文独中友族教师长期服务奖线上颁奖典礼 董总主席陈大锦致词稿

2023年华文独中友族教师长期服务奖线上颁奖典礼
董总主席陈大锦致词稿

日期:2023年11月25日(星期六)
时间:上午10时正
形式:Zoom

各位亲爱的教师们,大家好!

首先,我代表董总,向各位友族教师们致以最热烈的祝贺和最诚挚的感谢。在这个特殊的时刻,我们要向各位老师们表达我们最崇高的敬意和无尽的感激之情。

为了肯定与表扬友族教师对华文独中的长期奉献,董总从2021年起,每两年办理一次“华文独中友族教师长期服务奖”,设立奖项除了表扬长期奉献的友族教师以外,更要肯定友族教师对华文教育的贡献,在多元文化色彩、语言和教育的环境里,造就独中子弟,共同促进繁荣与团结。

全国华文独中教师人数共有4815人,其中友族教师有626人,占了全国教师人数比例13%。每一位在教育前线上默默耕耘的友族教师,都是一道光芒,都是一股力量。你们为华文教育付出了不懈的努力和坚持,把自己化作春风,滋润着每一个学子的心田,播撒着知识的种子,让他们茁壮成长。

今年,我们共有104位杰出的友族教师获得了这个殊荣,其中包括48位获得了5年届奖、52位获得了10年届奖,以及2位20年届奖和2位30年届奖的教师。这不仅是对各位老师过去辛勤付出的认可,更是对你们在未来道路上的鼓励与期许。特别要向获得20至30年届奖的教师们致以特别的敬意。在教育岗位上坚守如此之久,实在不易。你们在教书育人的道路上磨砺成钻,以坚定的信念和坚强的意志,为学生们树立了楷模,为学校树立了典范。

马来西亚是一个多元文化、多种族、多姿多彩的国家,我们自豪地拥有着各种各样的文化和传统。族魂林连玉先生曾经说过:“多彩多姿、共存共荣”,这正是我们在这片土地上应该秉持的理念。友族教师们加入华文独中,使得我们独中的大家庭更加丰富多彩,也使得我们的教育事业更加璀璨夺目。

最后,我要再次向各位友族教师们表示最衷心的感谢。感谢你们在默默奉献中,为学生们点燃了求知的火焰,为学校的发展贡献了自己的智慧和力量。愿各位老师们在未来的日子里,继续怀着坚定的信念,培育出更多有志向、有品德、有担当的优秀学子。

谢谢大家!

 


 

Teks Ucapan Pengerusi Dong Zong Encik Tan Tai Kim bagi Majlis Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina Tahun 2023 dalam Talian

Tarikh: 25 November 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 a.m


Salam sejahtera kepada para guru yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, iaitu Dong Zong ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru. Pada hari yang istimewa ini, Dong Zong ingin menyatakan penghargaan tertinggi kepada semua guru di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di negara kita.

Dalam usaha untuk mengiktiraf dan memuji jasa guru-guru di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), Dong Zong telah menganjurkan “Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina”. Anugerah ini tidak hanya bertujuan untuk memuji pengorbanan guru yang berkhidmat lama, tetapi juga untuk mengiktiraf sumbangan guru-guru sekolah menengah persendirian Cina yang selama ini berdedikasi mendidik pelajar-pelajar dalam persekitaran yang berbilang budaya, bahasa dan pendidikan, dan seterusnya menyumbang kepada kemakmuran dan perpaduan negara kita.

Terdapat sejumlah 4,815 orang guru SMPC di seluruh negara, di mana 626 orang ialah guru-guru bukan Cina yang merangkumi 13% daripada jumlah guru SMPC di seluruh negara. Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain, sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Guru juga menginspirasi murid-muridnya dengan pengetahuan dan kebijaksanaan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Pada tahun ini, kami dengan bangga mengumumkan bahawa sebanyak 104 guru cemerlang telah dianugerahkan penghargaan ini. Ini termasuk 48 guru yang menerima Anugerah 5 Tahun, 52 guru yang menerima Anugerah 10 Tahun, serta 2 guru yang menerima Anugerah 20 Tahun dan 2 guru yang menerima Anugerah 30 Tahun. Ini bukan saja pengiktirafan terhadap usaha keras anda pada masa lalu, tetapi juga merupakan dorongan dan harapan untuk masa depan anda.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghormatan kepada guru-guru yang menerima Anugerah 20 dan 30 tahun. Bukan mudah untuk kidmat dalam bidang pendidikan untuk tempoh yang lama. Anda telah mengasah diri anda dalam peranan pengajaran dengan keyakinan yang kukuh dan tekad yang gigih, menjadi contoh teladan bagi pelajar dan sekolah kita.

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya, bahasa, dan kaum. Kita bangga dengan pelbagai budaya dan tradisi yang unik. Seperti yang dikatakan oleh Jiwa Budaya Cina Encik Lim Lian Geok, “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”. Ini adalah nilai yang harus kita pegang teguh di negara ini. Kehadiran guru-guru telah memperkayakan keluarga SMPC kita dan telah menyinari sekolah-sekolah kita.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana anda telah memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar melalui pengorbanan anda, mencetuskan semangat pengetahuan dalam diri mereka, dan memberikan sumbangan intelektual dan tenaga kepada perkembangan sekolah kita. Semoga setiap guru terus berpegang teguh kepada keyakinan yang kukuh dan mendidik lebih banyak pelajar cemerlang yang bercita-cita tinggi, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Sekian, Terima kasih.

Tags: