董总与教总联合文告:吁教部正视校园性霸凌歪风 落实国际公约保障妇幼权利

董总与教总联合文告
2021年8月5日


吁教部正视校园性霸凌歪风
落实国际公约保障妇幼权利


董教总要求教育部尽速公开校园性霸凌事件的调查进展,并呼吁涉案教师坦然面对调查,撤销对吹哨学生艾恩的诽谤告诉。此外,马来西亚作为联合国《儿童权利公约》和《消除对妇女一切形式歧视公约》的缔约国,检讨现有法律,勿再漠视儿童与女性权益,让我国妇幼权利保障与国际接轨。

我们呼吁该名教师本着教师伦理和专业形象,展现教育者的应有风范,撤回对艾恩的诽谤告诉,反省一已在课堂上的不当言论,对学生造成的伤害道歉。同时,教育部需正视艾恩事件仅是本地校园不良性别平等文化的冰山一角,应给予正视,制订积极的补救方案和机制,提升校园性别平等意识,赋予学生一个安全及健康的学习环境,避免学生在不良的性别歧视文化下继续成为下一位受害者。

艾恩事件爆发后,教育部长拉兹吉丁虽然在4月28日承诺会严正看待和调查此事件,惟事隔多日,并未见教育部公开调查报告,或提出任何举措以改善校园的性别平等环境,杜绝校园性别霸凌。事实上,据妇女行动组织(AWAM)在事发后,十天内就收集到275名校园性骚扰和霸凌幸存者的申报。可见,本地的校园性别平等环境让人忧心,我们认为教育部应严正看待此事,成立独立调查机构彻查学校性霸凌问题,始能真正遏止儿童性侵害继续发生。

在儿童权利保障已成为全球共识的今日,教师除了应具备教学专业外,更需拥有正确的人权保障思维。所有教育工作者,也都须对《儿童权利公约》的基本精神与原则有所认识。我们建议,教育部参考亚太妇女资源研究中心(ARROW)2021年的马来西亚性别平等观察报告的建议,国内校园的性别教育亟待改善。包括教师的性别平等意识,学校对人权与性别平等概念的学习,以及学校的辅导机制与素质等,都亟需重新检讨。

 


Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
6 Ogos 2021


Dong Jiao Zong Menyeru KPM Memandang Serius Terhadap Buli Dan Gangguan Seksual Di Sekolah, Kerajaan Harus Melindungi Wanita Dan Kanak-Kanak Berdasarkan Konvensyen Antarabangsa


Dong Jiao Zong meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan segera memaklumkan status terkini berkaitan hasil siasatan terhadap insiden buli dan gangguan seksual di sekolah. Dong Jiao Zong juga menyeru guru yang terlibat dalam insiden berkenaan tampil ke depan untuk menghadapi siasatan dan menggugurkan saman fitnah terhadap Ain Husniza Saiful Nizam, seorang pelajar yang bertindak selaku pemberi maklumat (whistleblower). Memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang meratifikasi dan menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita, maka kerajaan harus mengkaji undang-undang yang sedia ada supaya pembelaan dan perlindungan hak kanak-kanak dan wanita di negara kita selaras dengan piawaian antarabangsa.

Kami menyeru guru yang terlibat dalam insiden berkenaan seharusnya menonjolkan nilai etika dan profesionalisme sebagai seorang pendidik, bukan sahaja menggugurkan saman fitnah, malah harus mengakui kesilapan mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar di dalam bilik darjah, serta memohon maaf kepada Ain Husniza Saiful Nizam. Selain itu, KPM harus memandang serius terhadap insiden tersebut kerana ini hanyalah satu daripada banyak lagi kejadian buli dan gangguan seksual di sekolah, keadaan ini mencerminkan ketidaksetaraan gender dalam pendidikan. KPM seharusnya secara proaktif mengambil langkah pencegahan, serta memberi kesedaran yang lebih meluas mengenai kesetaraan gender di sekolah, supaya mewujudkan suatu persekitaran pembelajaran yang selamat dan sihat kepada para pelajar, dan seterusnya mengelakkan kejadian seumpamanya berulang pada masa akan datang.

Pada 28 April 2021, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menegaskan bahawa KPM akan melaksanakan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tegas terhadap aduan mengenai seorang guru mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Namum sehingga hari ini, KPM masih belum mengumumkan laporan siasatan, mahupun mengemukakan langkah-langkah untuk memperbaiki ketidaksetaraan gender dalam pendidikan, dan seterusnya membanteras kejadian buli dan gangguan seksual di sekolah.

Pada halnya, Persatuan Tindakan Semua Wanita Malaysia (AWAM) telah menerima aduan daripada 275 orang mangsa buli dan gangguan seksual di sekolah setelah berlakunya insiden Ain Husniza. Ini menunjukkan ketidaksetaraan gender yang amat membimbangkan di alam persekolahan. Kami berpendapat KPM harus memandang serius terhadap perkara ini, dan menubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan bebas untuk menyiasat kejadian buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan, supaya menangani isu ini dengan sempurna.

Perlindungan terhadap hak kanak-kanak merupakan amalan sedunia, maka, seseorang pendidik bukan sahaja harus mempunyai profesionalisme keguruan, malah juga harus mempunyai perspektif yang betul untuk menjamin hak asasi manusia. Para pendidik harus memahami semangat prinsip-prinsip yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita. Kami mencadangkan KPM merujuk kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Pusat Sumber dan Penyelidikan Asia Pasifik untuk Wanita (Arrow) dalam laporan mengenai kesetaraan gender di Malaysia pada tahun 2021. Berdasarkan laporan tersebut, pendidikan gender di sekolah dalam negara kita harus dipertingkatkan dengan segera, antaranya termasuk aspek pemahaman kesetaraan gender di kalangan guru, pembelajaran mengenai konsep hak asasi manusia dan kesetaraan gender di sekolah, serta kualiti dan mekanisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kesemua aspek ini amat perlu dikaji semula.

Hanya kerajaan yang prihatin terhadap penderitaan wanita dan kanak-kanak, serta komited untuk memikul tanggungjawab dapat membela dan melindungi golongan wanita dan kanak-kanak. Malaysia merupakan antara negara yang meratifikasi dan menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita, maka kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjamin, serta melindungi hak kesetaraan gender dan hak asasi kanak-kanak. Insiden yang dialami oleh Ain Husniza Saiful Nizam serta lain-lain kejadian buli dan gangguan seksual di sekolah tidak seharusnya berlaku kerana ini bertentangan dengan prinsip-prinsip konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan melindungi perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak, serta menjamin kesetaraan gender. Selain itu, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak juga menjamin hak kebebasan bersuara seseorang kanak-kanak, maka pihak sekolah tidak seharusnya mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang mengutarakan hak dan kepentingan untuk mereka.

 

 

 

 

 

Please publish modules in offcanvas position.