董总与教总联合文告:警滥权捕前学生领袖 吁马大对话停止打压

董总与教总联合文告
2020年11月8日

警滥权捕前学生领袖
吁马大对话停止打压

 

董教总批评警方日前调查马大新青年(UMANY)案时,滥用刑事法典的妨碍公务罪拘捕该会前主席黄彦铬,形同执法过当,妨害人身自由。此外,我们呼吁马大当局主动与学生沟通对话,聆听不同意见,而非採取高压手段,逼使学生就范噤声。

警方在11月7日搜索马大新青年主席叶纹清住所时,现场人士配合警察依法执行勤务,并无不服公权力,或者辱骂、攻击警察等情事。黄彦铬对执行公务中的警察录影蒐证,这是人民监督执法手段之一,并未构成阻碍警务人员执行职务。如此行使权利,竟然被扣以“妨碍公务”,这无疑有执法过当之虞,已逾越必要界限,妨害人身自由。当务之急,不啻显示警政改革的迫切性,政府有必要重新提呈“独立警察投诉及行为不检委员会(IPCMC)”法案。

马大校方近年屡次表现为政治服务而弃守教育专业的作为,毫不掩饰甘当政治马前卒,这种情况令人忧虑。大学本应是各种思想自由传播,互相激荡的园地,固步自封不可能领导出进步、开放的教育成果。马大不应轻贱学术自由与言论自由,唯有摆脱政治枷锁,回归专业,才是学术机构主事者应有的承担。

大学生关怀政治时事,批判社会现象,发挥公民论政的角色,理应受到鼓励。何况站在教育的角度,鼓励学生批判思想,建立独立人格,乃是各界所乐见的。在这过程中,应该允许学生有犯错的空间,而非一味打压异议,违背大学探索真理、追求学术自由与言论自由的崇高精神。

 


 

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
9 November 2020


Hentikan penindasan, UM diseru agar berdialog dengan siswa-siswi


Dong Jiao Zong mengecam tindakan pihak polis menangkap bekas Presiden Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke di bawah Kanun Keseksaan, atas tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas ketika penyiasatan kes UMANY. Tindakan polis adalah keterlaluan kerana telah mencabul kebebasan individu tersebut.

Selain itu, Dong Jiao Zong menyeru pihak Universiti Malaya (UM) agar berdialog dengan siswa-siswi untuk mendengar suara yang berbeza, dan bukannya mengambil tindakan untuk menindas, atau mencengkam siswa-siswi berdiam diri.

Ketika pegawai polis menggeladah kediaman Yap Weng Qin, Presiden UMANY pada 7 November, semua individu yang berada di tempat kejadian memberi kerjasama kepada polis yang menjalankan tugas. Insiden mengingkari kuasa polis, atau mencemuh, mahupun menyerang polis tidak berlaku. Tindakan Wong Yan Ke untuk membuat rakaman sepanjang polis menjalankan tugas sebagai bahan keterangan kelak, cuma salah satu kaedah rakyat memantau proses penguatkuasaan, tanpa mengganggu polis daripada menjalankan tugas mereka.

Ia adalah satu tuduhan yang keterlaluan seandainya amalan hak ini ditafsirkan sebagai “menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas”, malah ia telah melewati batas dan menyekat kebebasan rakyat. Jelas, apa yang berlaku memperlihatkan keperluan reformasi pasukan keselamatan. Kerajaan harus membentangkan semula Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (RUU IPCMC).

Dewasa ini, pihak Universiti Malaya diandai tidak segan silu menawarkan diri untuk berkhidmat kepada agenda politik, sehingga mengabaikan profesional pendidikan yang harus dipertahankan. Fenomena ini agak membimbangkan. Institusi pengajian tinggi seharusnya menjadi persada yang menyaksikan penyebaran pemikiran bebas dan pertembungan idea. Mustahil kita menuai hasil pendidikan yang maju dan progresif seandainya terus mengurung diri dalam kepompong lama. UM tidak seharusnya memperlekehkan kebebasan akademik dan kebebasan bersuara. Insititusi pendidikan seharusnya membebaskan diri daripada belenggu politik, dan kembali kepada landasan
professional pendidikan.

Siswa-siswi seharusnya digalakkan untuk berprihatin terhadap isu semasa, bersikap kritis terhadap fenomena sosial, dan memainkan peranan sebagai anggota masyarakat sivil. Lebih-lebih lagi, jikalau ditinjau dari perspektif pendidikan, siswa-siswi seharusnya digalakkan untuk berfikir secara kritis dan membina jati diri yang bebas dan merdeka. Sepanjang proses ini, siswa-siswi harus diberi ruang jikalau melakukan kesilapan. Seandainya kita terlalu asyik untuk menghukum, ia bercanggah dengan semangat luhur universiti untuk menerokai kebenaran, meraih kebebasan akademik dan bersuara.

 

Please publish modules in offcanvas position.