董总与教总联合文告:促彻查暴力威胁言论 签反歧视公约展决心

董总与教总联合文告
2020年1月3日

促彻查暴力威胁言论
签反歧视公约展决心

 

董教总乐见人权委员会(Suhakam)和通讯及多媒体委员会(MCMC),先后关注华团联席大会遭受威胁一事,并要求警方正视彻查,避免暴力与仇恨言论滋长蔓延,企图撕裂社会。为此,我们呼吁政府尽速签署反歧视国际公约,完成国内立法,遏止社会和谐的不稳定因素,拒绝仇恨与种族性言论,真正体现和突显我国多元共生与共存的精神面貌。

 

民主社会的重要特质就是能夠容许及捍卫公民有表达意见的自由。董教总原订于2019年12月28日举行的华团联席大会,还有大马伊斯兰学生联盟(GAMIS)日前发起的查禁董总集会,在本质上,都是行使联邦宪法所赋予的集会权利。华团联席大会诉诸民意监督教育政策,无涉及干预其他族群或宗教的内涵,不幸却遭有心人断章取义,刻意抹黑,甚至采取庭令方式阻止大会的召开。为阻止华团联席大会的召开,有关方面不但公然以重演五一三事件进行恫吓,更声言董总叛国、破坏族群和谐等不实指控。董教总表明,虽然决不认同上述有关方面的观点,但基于民主权利的原则,却是绝对捍卫不同意见者的言论与集会权利。

 

董教总也要特別提醒国人,言论自由并非无限上纲,任何人都不能仗恃言论自由来侵犯别人的权利。虽然在社交媒体、网络空间享有充分言论自由,但言论自由绝非等同彻底放任,毫无限制和底线。言论自由不应被曲解或滥用,任何企图鼓吹种族或宗教仇恨的主张,构成煽动、歧视、敌视者,甚至侵害他人权利者,都不属于言论自由保障的范畴。国家有责任立法保护人民,免受不当言论的攻击。在体现自由时,仍需尊重他人权益,一旦逾越法治,公共部门必须行使应有的公权力,依法究办。

 

尽管言论自由是重要的价值,但并非民主社会唯一的价值。一个平等、和谐、互相尊重的新马来西亚,理应是全体国人共同追求的目标。职是之故,我们要求政府尽速签署“消除一切形式种族歧视”(ICERD)公约,落实国内立法,消除任何种族歧视的恶性循环,与国际人权标准接轨。唯有如此马来西亚才能跨越障碍,走出阴影,迈向人权立国,深化在地的民主化制度保障。

 


Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

3 Januari 2020


Menyeru Supaya Menyiasat Ugutan Dan Keganasan
Terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina

Menyeru Supaya Memeterai ICERD Untuk
Memperkasakan Keharmonian Dan Perpaduan Negara


Dong Jiao Zong mengalu-alukan keprihatinan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai ancaman terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Dong Jiao Zong menyeru supaya pihak polis memandang serius dan membuat siasatan untuk mengelakkan penyebaran keganasan dan kebencian antara kaum yang berniat untuk memecahbelahkan masyarakat kita. Maka, kami turut menyeru supaya kerajaan memeterai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan secepat mungkin dan menggubal undang-undang yang berkenaan untuk membendung sebarang unsur yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan menolak segala perbuatan yang mencetuskan sentimen perkauman. Ini amat penting untuk merealisasikan dan mempertonjolkan semangat kepelbagaian dan perpaduan negara kita yang berbilang kaum.

 

Membenarkan dan mempertahankan kebebasan rakyat untuk menyuarakan pendapat merupakan ciri-ciri yang amat penting bagi masyarakat demokrasi. Oleh itu, sama ada Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina anjuran Dong Jiao Zong yang dijadualkan pada 28 Disember 2019 ataupun Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong anjuran GAMIS baru-baru ini, pada asasnya adalah tindakan yang melaksanakan hak kebebasan berhimpun yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan. Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina tersebut bertujuan untuk mendapatkan pendapat masyarakat Cina dan membuat pemantauan terhadap dasar pendidikan negara, langsung tidak ada kaitan atau campur tangan dalam kepentingan mana-mana kaum dan agama yang lain. Malangnya, sesetengah pihak sengaja memutarbelitkan dan memburuk-burukkan persidangan tersebut, malah memohon perintah mahkamah untuk menghalang penganjuran persidangan tersebut. Pihak-pihak berkenaan bukan sahaja mengugut akan mengulangi Peristiwa 13 Mei 1969, malah melemparkan tohmahan-tohmahan yang tidak berasas terhadap Dong Zong, seperti mengkhianati negara, menjejaskan keharmonian kaum dan sebagainya. Walaupun Dong Jiao Zong amat tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan tersebut yang meleset dan tidak benar, tetapi atas prinsip demokrasi, Dong Jiao Zong tetap mempertahankan hak bersuara dan berhimpun bagi pihak-pihak yang berlainan pandangan.

 

Dong Jiao Zong ingin mengingatkan bahawa kebebasan bersuara ada batas yang tertentu supaya tidak disalahgunakan untuk mencabuli hak asasi orang lain. Walaupun diberi ruangan yang sepenuhnya untuk menikmati kebebasan bersuara dalam media sosial dan Internet, tetapi ini tidak bermakna boleh berbuat apa sahaja secara sewenang-wenangnya tanpa sempadan. Kebebasan bersuara tidak patut disalahtafsirkan atau disalahgunakan, apa sahaja yang berniat untuk menyalakan api kebencian antara kaum atau agama, termasuk penghasutan, diskriminasi, permusuhan dan pencabulan hak orang lain, semuanya tidak tergolong dalam lingkungan yang dijamin oleh kebebasan bersuara. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menggubal undang-undang bagi melindungi rakyat daripada kekerasan verbal. Semasa melaksanakan hak kebebasan, adalah perlu untuk menghormati hak-hak orang lain. Sekiranya melampaui dan mencabuli kedaulatan undang-undang, maka pihak perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan kuasanya untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.


Biarpun kebebasan bersuara merupakan nilai yang penting, tetapi bukanlah satu-satunya nilai yang ada dalam masyarakat demokrasi. Masyarakat yang saksama, harmoni dan saling menghormati seharusnya menjadi matlamat bersama bagi semua rakyat di Malaysia baru ini. Maka kami menyeru supaya kerajaan memeterai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan secepat mungkin dan menggubal undang-undang untuk menghapuskan diskriminasi kaum agar selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Dengan adanya langkah-langkah ini, barulah Malaysia dapat melangkaui segala rintangan untuk menuju ke arah pembinaan negara yang menjunjung tinggi hak asasi manusia dan memperkukuhkan sistem demokrasi.

Please publish modules in offcanvas position.