董总与教总联合文告:关于教育部官员指董教总只在提交备忘录前一小时通知该部门一事,董教总特此发文澄清。

董总与教总联合文告
2019年12月1日

 

关于教育部官员指董教总只在提交备忘录前一小时通知该部门一事,董教总特此发文澄清。董教总肯定有联系预约,而非如一些传闻指的 “没有预约”,这都是企图歪曲事实的不当做法。

11月28日上午,在董教总确定两位主席于翌日(29/11)下午3点亲自到教育部提呈备忘录后,就立即通过WhatsApp通报教育部长办公室官员,多次电联并留言预约,但当天都不获官员回应。无论如何,11月29日早上及中午,董教总还继续努力通过各种方式联系教育部长办公室官员,告知董教总会在下午三点前往教育部呈交备忘录,最终于下午1点58分获得回复,表明 “会安排官员接领”。而且教育部长办公室官员的回复,根本就未说明当天下午3点是不合适的时间,这也意味着双方已经约定好在当天下午3点提交和接领备忘录。

事实上,教育部长办公室官员当天曾表示,他们原本已经安排了一个官员前来接领,但有关官员却临时出去了,而且没有交代,才导致出现突发状况。这一切都说明董教总已经事先联系,教育部也知道了,但却因为教育部内部协调问题而出现了状况。因此,有关官员向媒体发表董教总没有预约的谈话,根本就是无稽之谈。

无论如何,目前更重要的是教育部已经收到董教总的备忘录,我们促请教育部尽速回应我们在备忘录所提及的事项,不要再转移视线。

 


Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

3 Disember 2019

 

Memandangkan tuduhan pegawai Kementerian Pendidikan yang mengatakan bahawa Dong Jiao Zong hanya memaklumkan pihak kementerian satu jam sebelum datang untuk mengemukakan memorandum adalah tidak benar, maka Dong Jiao Zong mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Dong Jiao Zong sememangnya telah membuat janji temu dengan pihak kementerian untuk mengemukakan memorandum pada 29 November 2019, jam 3 petang. Maka, sebarang khabar angin yang menyatakan Dong Jiao Zong “tidak membuat janji temu ” merupakan perbuatan yang sengaja memutarbelitkan fakta sebenar.

Setelah membuat keputusan untuk mengemukakan memorandum kepada Kementerian Pendidikan pada 29 November 2019, jam 3 petang, Dong Jiao Zong mula menghubungi Pejabat Menteri Pendidikan pada pagi 28 November 2019, iaitu satu hari sebelum mengemukakan memorandum. Walaupun telah banyak kali Dong Jiao Zong hubungi Pejabat Menteri Pendidikan termasuk memberi mesej melalui WhatsApp tetapi langsung tidak diberi jawapan pada 28 November 2019. Maka, Dong Jiao Zong terus menghubungi Pejabat Menteri Pendidikan pada 29 November 2019 supaya menghantar pegawai untuk menerima memorandum pada 3 petang. Dong Jiao Zong amat bersyukur kerana akhirnya mendapat jawapan daripada Pejabat Menteri Pendidikan pada jam 1.58 petang dan memberitahu akan menghantar pegawai untuk menerima memorandum berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa Dong Jiao Zong telah membuat janji temu dengan Pejabat Menteri Pendidikan untuk mengemukakan memorandum pada 29 November 2019, jam 3 petang.

Sebenarnya, seorang pegawai Pejabat Menteri Pendidikan memberithu Dong Jiao Zong bahawa mereka memang telah menghantar seorang pegawai untuk menerima memorandum pada hari berkenaan, tetapi pegawai tersebut telah keluar sementara tanpa memberitahu pegawai yang lain. Ini menyebabkan tidak ada pegawai tampil untuk menerima memorandum pada jam 3 petang. Menurut beliau ini merupakan kejadian di luar jangkaan yang tidak diingini.

Bagaimanapun, semua ini menunjukkan bahawa Dong Jiao Zong sememangnya telah menghubungi Kementerian Pendidikan terlebih dahulu, Kementerian Pendidikan bukan sahaja telah mengetahui perkara ini, malah telah bersetuju menghantar pegawai untuk menerima memorandum. Kejadian ini berlaku disebabkan masalah penyelenggaraan dalaman Kementerian Pendidikan. Maka, tuduhan pegawai Kementerian Pendidikan tersebut kepada pihak media bahawa Dong Jiao Zong tidak membuat janji temu terlebih dahulu adalah tidak benar.

Walaubagaimanapun, apa yang penting ialah Kementerian Pendidikan telah menerima memorandum yang dikemukakan oleh Dong Jiao Zong. Maka, dengan tulus ikhlasnya Dong Jiao Zong menyeru Kementerian Pendidikan supaya memberi respons segera terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam memorandum tersebut dan jangan lagi mengalihkan perhatian orang ramai, khasnya masyarakat Cina terhadap isu-isu tersebut.

Please publish modules in offcanvas position.