十二团体联合声明:“先搁置,再讨论”

联合声明:“先搁置,再讨论”
2019年8月5日

 

我们以下的团体今日针对教育部将从2020年开始在国民型小学第二阶段(四五六年级)马来文科增设学习爪夷文书法(Seni Khat)内容的事宜召开联席会议,并达致以下共识:

 

  1. 针对教育部于2019年8月2日发表声明表示,将会修订国民型小学马来文课程与评估标准(DSKP)和课本内容,只介绍爪夷文书法艺术,没有评估,而且也不会通过成语来学习和进行练习,以便不会加重老师和学生的负担,我们对此保持谨慎的态度。我们认为,教育部的声明仍有许多细节待厘清,因此我们要求教育部公布具体的修正情况,让大家清楚知道如何在华小和淡小落实介绍爪夷文书法的内容,以解除大家的疑虑,并确保符合华小和淡小的实际情况。因此,我们认为在教育部还未厘清有关细节之前,先搁置这项措施,另作讨论。


  2. 我们重申,不同意在华淡小马来文课程里增设学习爪夷文书法的内容,因为这不符合学习马来文的实际需求,也无助于提升学生掌握马来文的能力。我们认为,在小学阶段,提高马来文的水平是华淡小必须努力的方向,因此,作为其中一项增加马来文学习乐趣的管道,只要向学生介绍爪夷文书法艺术就足够,这些规定都应列入课程与评估标准(DSKP)内,让老师有所依据。在这方面,教育部可参考目前华淡小五年级马来文课本有关介绍各族群书法艺术的单元,其中就包括了对爪夷文书法艺术的介绍。


  3. 我们强调,不同意马来文科增设学习爪夷文书法的内容,并非否定马来文或爪夷文,亦非拒绝多元文化,而是依据教学原理与师生负担为考量。国语法令第九节(Sekyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan) 清楚阐明罗马字为马来文的官方书写系统,虽然爪夷文字的使用不受影响。我们全力支持罗马字马来文的教学,因而不赞同爪夷文书法列入教学,这不但完全不违法,更无不爱国或破坏族群和谐之事。因此,一些人蓄意将反对学习爪夷文书法等同于不爱国,可谓乱扣帽子,无稽之谈。我们促请这些不负责任的团体或个人,停止散播不实的言论,并企图制造宗教和种族问题,以达到个人的利益,这是严重破坏国民和谐的不当行径,我们严厉加以谴责。


  4. 我们重申,全力支持教育部在学校教育推展跨族群与文化交流活动,包括在各源流学校的课程和活动融入多元文化的价值,以让学生了解与学习各族群的文化特色,但这必须符合各源流小学的实际情况,不能改变各源流学校现有的特征。


  5. 我们将在明天和教育部副部长张念群就此课题进行交流,以了解具体的情况,同时也向教育部传达的我们的立场和要求,包括委任华教团体和淡米尔教育团体的代表参与有关的课程修订,以免教育部在没有征询利益相关单位的意见和进行双向讨论的情况下,做出令人担忧的决定。我们希望教育部能够听取民意,妥善处理此次的风波,以安民心。


联署团体:

• 教总
• 董总
• 华总
• 中华总商会
• 校友联总
• 留台联总
• 独立大学有限公司
• 林连玉基金
• 华理会
• 留华同学会
• Tamil Foundation
• Persatuan Titian Digital Malaysia


Kenyataan Bersama :Tangguh Dan Bincang Semula

5 OGOS 2019

 

Kami, pertubuhan-pertubuhan yang menghadiri mesyuarat pada hari ini berkenaan dengan isu pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid SJKC dan SJKT Tahap Dua (tahun empat hingga tahun enam) bermula tahun 2020, telah mencapai kata sepakat seperti berikut:

 

  1. Berkenaan dengan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 2 Ogos 2019, bahawa KPM akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan guru dan murid dengan mengemaskini kandungan DSKP dan buku teks dengan hanya pengenalan tulisan khat, malah bagi aspek seni bahasa, tiada pentaksiran akan dijalankan, dan juga tidak akan dikaitkan dengan simpulan bahasa serta tidak dijadikan praktis latihan seperti dalam perancangan awal, kami mengambil langkah berwaspada dan berjaga-jaga terhadap kenyataan KPM tersebut kerana masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti. Maka, kami menyeru KPM mengumumkan kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipinda supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan khat dilaksanakan di SJKC dan SJKT. Ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan  keraguan orang ramai, malah juga memastikan pelaksanaan tersebut menepati  keperluan murid-murid SJKC dan SJKT. Maka, kami berpendapat bahawa sebelum KPM memperjelaskan segala perkara tersebut untuk pengetahuan orang ramai, pelaksanaan ini harus ditangguhkan untuk perbincangan semula.

 

  1. Kami tidak bersetuju dengan tindakan KPM memperkenalkan tulisan khat dalam  mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid-murid SJKC dan SJKT, kerana ini tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu, malah juga tidak memberi bantuan untuk  meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Kami berpendapat bahawa di peringkat sekolah rendah, SJKC dan SJKT harus berusaha untuk mengukuhkan tahap penguasaan bahasa Melayu, maka sebagai salah satu cara untuk menambah keseronokan aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu, hanya setakat memperkenalkan tulisan khat sahaja adalah memadai. Kesemua ini harus dinyatakan jelas dalam DSKP sebagai panduan guru-guru. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan khat. 

 

  1. Kami berpendapat bahawa ketidaksetujuan tulisan khat diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SJKC dan SJKT tidak membawa maksud menafikan bahasa Melayu dan Jawi, serta menolak kepelbagaian budaya. Sebenarnya, pendirian tersebut berasaskan prinsip pendidikan dan juga beban pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid. Seksyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat  bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan  Melayu, yang  lebih  dikenali dengan nama  tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan”. Lantaran itu, kami menyokong penuh penggunaan tulisan Rumi untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Maka, tidak setuju dengan pengenalan  tulisan khat Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja tidak melanggar undang-undang malah langsung tidak  berkaitan dengan soal patriotik dan merosakkan keharmonian negara.

    Maka, segelintir orang yang sengaja menghubungkaitkan bantahan pembelajaran tulisan khat dengan soal patriotik,  menuduh bahawa sesiapa yang menolak pembelajaran tulisan khat bermaksud tidak setia kepada negara, ini merupakan  perbuatan fitnah dan  mengarut. Kami menyeru pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi, dengan segera menghentikan angkara menyebarkan maklumat palsu yang akan mencetuskan ketegangan  agama dan kaum. Ini merupakan  perbuatan  jahat  yang merosakkan keharmonian  negara kita, perbuatan seperti ini harus dibidas dengan sekeras-kerasnya.

 

  1. Kami memberi sokongan penuh kepada usaha KPM untuk mempertingkatkan interaksi antara kaum dan budaya di sekolah, termasuk memperkenalkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam kurikulum dan Kokurikulum di semua aliran sekolah, supaya murid-murid berpeluang untuk mengenali dan mempelajari keistimewaan budaya setiap kaum. Akan tetapi segalanya harus dijalankan dengan menepati keperluan setiap aliran sekolah, supaya ciri-ciri dan identiti setiap aliran sekolah tidak terjejas.

 

  1. Kami akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching pada 6 Ogos 2019 untuk membincangkan isu ini, supaya mengetahui perkembangan terkini. Dalam perjumpaan tersebut, kami juga akan menyampaikan pendirian dan permintaan kami, termasuk melantik wakil-wakil daripada Pertubuhan Cina dan Pertubuhan India untuk menyertai  semakan kandungan DSKP dan buku teks yang tersebut di atas. Ini adalah penting untuk memastikan sebelum sesuatu keputusan dibuat, KPM harus  berunding dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu, supaya tidak membuat keputusan yang membimbangkan. Kami berharap KPM mengambil penting terhadap suara rakyat, supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan.

 

 

Senarai pertubuhan yang menghadiri mesyuarat:

  • Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong
  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong
  • Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Hua Zong
  • The Associated Chinese Chambers Of Commerce And Industry Of Malaysia, ACCCIM
  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
  • Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
  • Merdeka University Bhd
  • LLG Cultural Development Center
  • Majlis Bahasa Cina Malaysia
  • Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia
  • Tamil Foundation
  • Persatuan Titian Digital Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.