驳首相指责沈慕羽是极端分子

董教总文告
2002年8月13日



董教总针对首相日前指责董教总顾问沈慕羽及华教人士为极端分子的言论,发表澄清声明,全文如下:


  1. 自从政府决定明年开始小学数理科改用英语教学后,这项涉及公共利益的课题,引起我国各族人民的关注与广泛讨论,本是民主制度下正常的社会现象。董教总认为这次涉及我国千秋大业的教育决策,肯定对我国现有的各源流小学将带来极大冲击,同时对国家、民族的前景及未来发展影响深远,绝不能仓促推行,草率行事。

  2. 董教总本着母语教育的基本原则,坚持要求以母语教授数理科,是广大群众意愿的反映,也并不是单一民族的期望,它是一项合理的教育要求,不应视为极端。

  3. 我国华文小学自国家独立后已纳入国家教育体系内,它的地位获得联邦宪法所保障。华人社会长期以来本着公民的职责,致力于发展民族教育事业,捍卫我国多元语文、文化、教育的特征;履行公民的权利与义务,以维持多元民族国家里人民的团结、和谐与稳定,是一种爱国的积极表现。


    我国华文小学在发展国家基础教育、培育人才方面作出了重大贡献,这是有目共睹的。国家领导又不时赞扬华校的贡献,甚至还发出要向华校学习的呼吁。

  4. 众所周知,华小的主要教学媒介语是华语,国语与英语是必修科,这是华小特征的体现。而国小与淡小的主要教学媒介语分别是马来语与淡米尔语,而国语和英语也是必修科。从这方面来说,当政府决定小学数理科改用英语教学后,各源流小学两项主要科目都改变了教学媒介语,不但华社与淡米尔社会担心华小、淡小因此会逐渐变质,马来人社会同样担忧马来文会被边缘化,这是不争的事实,它不应视为单一种族的问题,而是涉及全民利益的共同课题。政府在决定推行这项计划前,理应广泛听取各族、各阶层人士的意见,让各方面通过各种形式进行广泛讨论与汇报,分析利与弊及可能出现的局面。华社近日来对相关议程的纷纷表态,是人民心声的反映,政府应视为民主制度所赋予人民的基本权利。

  5. 当前,我国不论喜欢与否已进入全球化过程中。我国要融入全球化,人民除了要掌握英语及其它主要外语,更重要的是知识的掌握,学习充分尊重不同民族、不同宗教和不同文明的多样性,期使多样性的共存共荣;本着平等、民主的精神、推动各种文明的相互交流、相互借鉴,以求共同进步。


    我国人民当务之急是致力于树立这种全球化视野,加强国人凝聚力,并推动国与国之间在各层面的交流与合作,才能扩大视野与增强国人竞争力,以应对新世纪,一个复杂、多变、速变的国际环境所带来的各项严峻挑战。

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN DONG JIAO ZONG
13hb Ogos 2002


Berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menuduh Penasihat Dong Jiao Zong, Datuk Sim Mow Yu (JP) dan para aktivis pegerakan pendidikan Cina sebagai “ekstremis”, Dong Jiao Zong mengeluarkan kenyataan penjelasan seperti yang berikut:

  1. Semenjak kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah mulai tahun depan, isu ini yang melibatkan kepentingan awam telah menarik perhatian dan perbincangan di kalangan rakyat dari pelbagai kaum, dan keadaan ini sebenarnya merupakan fenomena yang normal di dalam sistem demokrasi. Dong Jiao Zong berpendapat, keputusan tersebut yang melibatkan pendidikan negara tentunya memberi impak yang besar ke atas sekolah rendah pelbagai aliran di negara kita, dan ia juga amat mempengaruhi masa depan dan pembangunan bangsa dan negara. Oleh itu keputusan bagi penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik tidak harus dibuat secara terburu-buru.

  2. Berasaskan prinsip pendidikan bahasa ibunda, pendirian Dong Jiao Zong berkenaan penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik mencerminkan hasrat massa rakyat negara kita, dan ini bukan hanya merupakan hasrat satu kaum sahaja tetapi merupakan satu permintaan pendidikan yang munasabah dan ini tidak harus dilihat sebagai ekstrem.

  3. Sejak kemerdekaan negara kita, sekolah rendah Cina telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara dan kedudukannya mendapat jaminan perlembagaan. Selama ini, masyarakat Cina berpegang kepada tanggungjawap warganegara dan berusaha dalam pembangunan pendidikan disamping melindungi ciri-ciri kepelbagaian bahasa, budaya dan pendidikan negara kita. Perlaksanaan tanggungjawap dan hak rakyat bagi mengekal perpaduan, keharmonian dan kestabilan masyarakat pelbagai kaum di negara kita ini mencerminkan semangat cinta negara
    Dalam pembangunan pendidikan asas negara kita, sekolah rendah Cina telah banyak memberi sumbangan dalam melahirkan rakyat yang berbakat dan ini dapat dilihat di dalam masyarakat negara kita. Pemimpin-pemimpin negara banyak kali memuji sumbangan sekolah Cina dan membuat seruan agar belajar daripada sekolah Cina.

  4. Seperti yang diketahui umum, bahasa penghantar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) adalah bahasa Cina, manalaka Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajip, dan ini mencerminkan ciri-ciri sekolah rendah Cina. Manakala bahasa penghantar utama di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) masing-masing adalah bahasa Melayu dan bahasa Tamil, dan Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris juga merupakan mata pelajaran wajip. Melihat dari sudut ini, semasa kerajaan membuat keputusan untuk mengguna Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah, ini bermakna bahasa penghantar bagi kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik telah berubah. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan masyarakat Cina dan India bimbang akan kehilangan ciri-ciri sekolah rendah Cina dan Tamil secara beransur-ansur, malahan masyarakat Melayu pun rasa bimbang akan peminggiran bahasa Melayu. Kebimbangan tersebut merupakan fakta yang tidak dapat dipertikaikan lagi dan tidak harus dilihat sebagai masalah satu kaum sahaja tetapi ia sebenarnya merupakan isu bersama yang melibatkan kepentingan semua rakyat. Sebelum membuat keputusan berkenaan penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik, kerajaan seharusnya mendengar pendapat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat supaya semua pihak melalui pelbagai cara dapat membincang, melapor, menganalisis kebaikan dan keburukan yang mungkin timbul. Sejak kebelakangan ini, pengumuman pendirian masyarakat Cina berhubung perkara yang berkenaan mencerminkan hasrat rakyat. Kerajaan seharusnya melihat ini sebagai hak rakyat dalam sistem demokrasi.

  5. Pada masa kini, tidak kira suka atau sebaliknya, negara kita telah memasuki dunia globalisasi. Dalam dunia globalisasi, rakyat negara kita bukan sahaja perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa utama yang lain, malahan yang lagi pentingnya adalah penguasaan ilmu pengetahuan dan belajar menghormati seluasnya berkenaan kepelbagaian kaum, agama dan tamadun yang berbeza-beza supaya kepelbagaian dapat hidup dan maju bersama. Selain itu, semangat kesamarataan dan demokrasi, penukaran buah fikiran dan belajar di antara satu sama lain adalah asas penting bagi mencapai kemajuan bersama.


    Seperkara yang rakyat negera kita perlu ada secepat mungkin adalah pemikiran yang lebih global, pengukuhan perpaduan rakyat, pertukaran pandangan dan kerjasama antara negara di pelbagai lapisan. Ini boleh meluaskan pemikiran dan daya persaingan rakyat negara kita bagi menghadapi pelbagai cabaran serius yang dibawa oleh satu era baru yang lebih kompleks dan penuh dengan pelbagai perubahan serta perubahan yang cepat di persekitaran dunia kita.

Please publish modules in offcanvas position.